Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Nostalgia Landasan Kereta Api Lama Pinang Tunggal

By 24 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Muhamad Zaini Dollah, Salawati Mat Shariff & Ahmad Fukrazi Ramli (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Menjadi saksi perkembangan Kampung Pinang Tunggal pada zaman pendudukan British, landasan kereta api lama yang merentasi Sungai Muda, Pinang Tunggal kini menjadi tumpuan orang ramai, terutamanya golongan belia bagi menghabiskan waktu lapang.

Terletak di sempadan Pulau Pinang dan Kedah, landasan ini merupakan landasan pertama yang dibina merentasi Sungai Muda berikutan keadaan sungai yang agak lebar.

Landasan yang dibina oleh Federated Malay States Railways ini mula beroperasi selepas pembukaan laluan kereta api dari Bukit Mertajam ke Pinang Tunggal siap sepenuhnya.

Sebelum pembinaan landasan ini, penduduk setempat hanya menggunakan sampan untuk menyeberang sungai, namun setelah siap, landasan tersebut turut digunakan sebagai jambatan untuk pejalan kaki dan kenderaan ringan seperti basikal dan motosikal.

Binaannya yang unik menjadikan landasan kereta api lama itu sebagai lokasi tumpuan pasangan pengantin bergambar untuk merakamkan kenangan manis mereka sebagai raja sehari.

Menurut seorang penduduk tempatan , Shamsudin Ishak, 51, jambatan kereta api ini sudah tidak digunakan lagi setelah jambatan konkrit siap dibina pada tahun 2008.

Shamsudin turut meluahkan rasa gembira dan terima kasih kepada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana tidak meruntuhkan jambatan lama yang bernilai sentimental tinggi ini, selain daripada reka bentuk yang unik jika dibandingkan dengan landasan moden sekarang.

Tambahnya, landasan yang sudah menjadi sebahagian daripada sejarah negara ini perlu dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang selain menjadi mercu tanda yang bersejarah.

 

Zaini/AH

Tinggalkan komen anda