Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Tabika Kemas Kampung Pengkalan Durian Dapat Bangunan Baharu

By 28 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Ā Oleh Malini Md Yunos (Port Dickson)

PORT DICKSON, 28 Mac (Malaysiaaktif) ā€“ Pembinan bangunan baru TABIKA Kemas Kampung Pengkalan Durian yang beharga RM250,00.00 dimulakan selepas ia disahkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada penghujung 2014. Justeru, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan untuk membinaĀ  bangunan baharu yang disiapkan pada November 2015.

Bangunan baharu TABIKA ini dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan semalam.

Dalam ucapannya Mohamad berkata kerajaan negeri komited dalam memajukan bidang pendidikan, selain membangunkan prasarana dan infrastruktur untuk kemudahan masyarakat luar bandar melalui dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan negeri.

Beliau juga berharap kepada semua yang hadir supaya melaporkan permasalahan di peringkat akar umbi kepada pengetahuannya supaya dapat diselesaikan segera.

Menurut Mohamad, semua projek yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah semata-mata untuk memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat. Dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat kerana semua peringkat bakal menerima manfaat sama ada penduduk di bandar mahu pun luar bandar. melalui Pelan Pembangunan dan Pemodenan Negeri Sembilan 2015-2045.

Sempena majlis perasmian ini Mohamad menandatangani plak menandakan yang mencatatkan pembukaan dan tarikh mula operasi TABIKA KemasĀ  Kampung Pengkalan Durian beroperasi di bangunan baharu. Majlis turut diserikan dengan persembahan pencakĀ  silat, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan masakan dan pemeriksaan kesihatan Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN)

Mohamad menyampaikan sumbangan kepada TADIKA Kemas DUN Linggi, penyampaian baju rasmi KOSPEN dan ” Communication for Behaviourial Impact” (COMBI) Kampung Pengkalan Durian dan pelancaran Liga Sepak Takraw dan Sukan Rakyat DUN Linggi.

 

– MRR

Tinggalkan komen anda