Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

[VIDEO] Dewan Ulama PAS Sokong Timbalan Menteri Besar

By 14 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Syed Hisham Shah (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 14 Mac (Malaysiaaktif) — Bagaikan tiada nokhtah berhubung kemelut Timbalan Pesuruhjaya Pas II Kelantan, Datuk Husam Musa dengan kerajaan PAS Kelantan apabila ahli-ahli Ulama Pas menyatakan sokongan kepada Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Menurut Ketua Dewan Ulama Pas Negeri, Datuk Hassan Mahmood, tidak pernah wujud usul tidak percaya terhadap Mohd Amar kerana setiap keputusan yang diambil adalah merujuk kepada majlis syura dan bukannya keputusan yang diambil secara perseorangan.

 

“Dewan Ulama Pas menyokong sepenuhnya kepimpinan kerajaan kerana setiap keputusan yang adalah dibuat secara kolektif dan merupakan keputusan bersama secara syura,” ujar Hassan dalam satu sidang media yang diadakan di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) pagi tadi.

Hasan juga menyelar mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan peribadi secara terbuka kerana boleh menjejaskan parti.

“Walaupun ada ahli yang mempunyai pandangan berbeza, setelah diputuskan bersama maka harus diikut oleh semua. ”

Hassan tidak menolak cadangan sekiranya parti mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya dan tidak seharusnya membiarkan kenyataan yang bercanggah dengan ketua dan presiden parti.

 

Tinggalkan komen anda