Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

SAINS Umum Gangguan Bekalan Air Seremban Hari Ini

By 8 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Daniel Jong (Seremban)

SEREMBAN, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Beberapa kawasan di Seremban mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam bermula pukul 10 pagi hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat Bekalan Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Jumaat lepas, Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Norzita  Ismail berkata ia berikutan kerja pengalihan paip di persimpangan Jalan Sungei Ujong ke persimpangan Jalan Labu di sini dan di kawasan perindustrian Arab-Malaysian, Nilai.

Antara kawasan yang terlibat, seluruh Seremban 2, seluruh S2 Height, Taman Mantau Indah, Oakland, Rasah Kemayan, kawasan perindustrian Arab-Malaysian, Taman Desa Saga dan Taman Desa Ria.

Selain itu, katanya beberapa kawasan di daerah Jempol turut mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi hari yang sama berikutan kerja pembersihan di kolam imbangan Taisho, Bahau.

Antara kawasan terlibat di daerah Jempol ialah Bahau, Mahsan,Batu Kikir, seluruh kawasan Lui (Lui Barat, Timur, selatan, Mua dan Sg. Lui), Jalan Bahau-Kuala Jempol, Serting Tengah, Serting Hulu dan Felda Raja Alias.

 

Tinggalkan komen anda