Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Iktiraf Pengurusan Keselamatan Perlindungan Sasaran Penting

By 8 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Hasrulazlinda Hassan (Seremban) / Foto SUKNS

SEREMBAN, 8 Mac (Malaysiaaktif) — Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan selaku Ā Pengerusi Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri (JSPN) hari ini menyampaikan sijil penghargaan kepada penghuni dan pemilik pepasangan sasaran penting yang telah mencapai tahap baik dalam melaksanakan Pengurusan Keselamatan Perlindungan bagi 2015 peringkat Negeri Sembilan.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak Urusetia dan Jabatan/Agensi kerajaan yang terlibat dalam JSPN dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, khasnya kerana berjaya memastikan pengurusan keselamatan perlindungan di pepasangan sasaran penting di Negeri Sembilan yang terdiri dari lima sektor, iaitu Telekomunikasi, Tenaga Elektrik, Air, Gas/Minyak dan Penyiaran berada dalam keadaan terjamin bagi memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Beliau mengharapkan komitmen dan kerjasama ahli-ahli JSPN dan penghuni, seperti mengadakan perjumpaan bagi memantau, mengkaji dan menilai keperluan keselamatan perlindungan terhadap sasaran penting yang sebenar.

Konsep ā€˜Strategi Lautan Biruā€™ iaitu pendekatan secara kreatif dan inovatif dalam melaksanakan dasar kerajaan akan diteruskan kerana ia terbukti membawa impak positif kepada rakyat dan negara. Strategi tersebut mampu menggalakkan pelaksana dasar kerajaan, termasuk penjawat awam supaya berfikir di luar kotak dalam menyelesaikan sebarang masalah.

Sebagai contoh semangat kerjasama berpasukanĀ JSPN Negeri Sembilan yang terdiriĀ  dari pelbagaiĀ  jabatan dan agensiĀ dalam pengurusan sasaran penting perlu diteruskan untuk mencapai hasrat kerajaan dalam pembangunan negeri.

Menurut Mat Ali, semua pihak perlu lebih proaktif terhadap pelaksanaan dan pematuhan keselamatan perlindungan ke atas sasaran penting. Ke arah matlamat ini beliau berkata strategi yang betul bagi mencegah dan mengelak daripada berlaku ancaman atau risiko keselamatan perlu diadakan.

Sehubungan itu, tindakan tegas perlu diambil untuk mengatasi apa jua pelanggaran keselamatan tanpa sebarang kompromi.

 

Tinggalkan komen anda