Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sikap kesetiawan menjamin keharmonian Parti

By 20 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Norhayati Shamsu Anuar (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 20 Mac (Malaysiaaktif) — Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Shabery Cheek menasihatkan agar kakitangan jabatan di bawah kementerian itu bersikap berkecuali dalam politik.

Beliau berkata ini perlu agar semua lapisan masyarakat dapat dibantu tanpa dibezakan kerana pegangan politik berlainan.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, menyeru seluruh ahli UMNO supaya bersatu hati dan akur kepada pemimpin untuk memastikan keharnonian parti.

Beliau mengandaikan senario di mana nakhoda sebuah kapal mendapati sukar untuk menjalankan tugasnya tanpa sokongan daripada anak-anak kapal.

“Bukan mudah menjadi nakhoda kapal tanpa sokongan daripada anak-anak kapal, maka itu, sokongan akar umbi amat diperlukan untuk terus memperjuangkan matlamat UMNO itu sendiri, ” tegasnya semasa merasmikan Majlis Penerangan, Taklimat dan Perasmian Serentak Persidangan Cawangan UMNO Bahagian Kuala Pilah di sini, semalam.

Hakikatnya, Shabery berkata, memang wujud perpecahan dalam kalangan ahli parti itu sendiri, tapi untuk mengekalkan kemenangan dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU 14) kelak,  semangat setiakawan perlu disemaikan dan ditingkatkan.

“UMNO bersama BN sentiasa proaktif dan mengambil pendekatan bersepadu untuk menangani apa jua isu dan cabaran demi menjamin kekuatan parti dan kerajaan BN,” katanya.

 

Tinggalkan komen anda