Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelakaViral

Membuat Gasing Tradisi Kekal Di Kampung Cheng

By 20 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa gasing pada asalnya ialah alat untuk memburu binatang. Namun kini, ia kekal di beberapa tempat sebagai alat permainan tradisi yang diwarisi sejak turun temurun.

Begitulah dengan Azizi Abdul Karim, 36, yang merupakan antara pakar membuat gasing di Kampung Cheng di sini.

IMG_7843

Menurut Azizi, minat yang dipupuk sejak berusia 14 tahun itu membuatkannya tekad untuk mempelajari seni membuat gasing daripada tujuh orang guru dari pelbagai negeri, termasuk  Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Ada beberapa jenis kayu yang sesuai untuk membuat gasing berkualiti, iaitu cengal, leban, ciku dan tualang yang sesetengahnya diperoleh di hutan, selain yang di taja oleh Kraftangan Malaysia, “ujarnya.

Tambahnya, gasing dijual dengan harga serendah RM7.00 untuk Gasing Cina, dan RM70.00 untuk yang biasa dan tempahan boleh siap dalam tempoh setengah jam.

tryptsing

Azizi memberitahu Malaysiaaktif bahawa dia juga pernah mendapat permintaan untuk membuat gasing besar seberat 20 kilogram yang dijual dengan harga RM6,000.

“Kemahiran membuat gasing perlu dikongsi agar permainan tradisional ini terpelihara dan tidak lapuk ditelan zaman kerana kita tidak mahu generasi akan datang hanya dapat melihat gasing ketika berkunjung ke muzium,” jelasnya.

Bengkel di mana Azizi membuat gasing sering kali menjadi tumpuan para -pelajar dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi. Kunjungan mereka untuk belajar selok belok pembuatan gasing dikenakan sedikit bayaran.

Di akhir sesi mereka akan membawa pulang gasing buatan sendiri berserta tali dan sijil penyertaan.

 

Tinggalkan komen anda