Skip to main content
Berita TempatanSabah

SMK Usukan Johan Sketsa Rukun Negara

By 31 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Muniyamma a/p Marapen & Vicky Sylverster Matanjang (Kota Belud)

KOTA BELUD, 31 Mac (Malaysiaktif) –?SMK Usukan muncul Johan Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Bahagian Pantai Barat Utara, sekaligus melayakkan mereka beraksi di peringkat negeri, pada 18 April ini.

Mempersembahkan sketsa bertajuk “Di Tanah ini Aku Berpijak”, mereka berjaya menewaskan naib johan SMK Abdul Rahim, Kudat dan SMK Pekan, Kota Belud di tempat ketiga. SMK Bongkol, Pitas, SMK Agama Tun Said dan SMK Kota Marudu turut mengambil bahagian.

Menurut Pengetua SMK Agama Tun Said, Taip Abdullah, pertandingan tersebut mampu menjadi platform untuk meningkatkan semangat patriotik serta melahirkan masyarakat yang cinta akan tanah air khususnya dalam kalangan pelajar.

?”Penganjuran program ini dapat memberi impak positif kepada generasi muda khususnya ahli-ahli Kelab 1Malaysia dalam usaha memperkasakan semangat patriotisme, meningkatkan perpaduan kaum selain membina perwatakan positif,” katanya ?ketika berucap merasmi?kan ?pertandingan itu di sini, semalam.

Terdahulu Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Utara, Durahim Jaman berkata Jabatan Penerangan ?komited mencari alternatif bagi membantu kerajaan untuk mempertingkatkan penghayatan generasi muda tentang kepentingan Rukun Negara.

 

Tinggalkan komen anda