Skip to main content
Berita TempatanSabah

Dahlan Badue, Johan Pidato Tawau

By 31 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Yahya Abdul Rajak & Hadi (Kunak)

KUNAK, 31 Mac (Malaysiaktif) –? “Kemerdekaan Membina Ketamadunan Bangsa” membawa tuah kepada peserta Lahad Datu, Dahlan Badue, 36, apabila dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Pidato 1Malaysia Peringkat Tawau.

Dahlan yang merupakan guru SK Tanjung Labian akan mewakili Tawau ke Pertandingan Pidato 1Malaysia Peringkat Negeri yang dijangka diadakan di Sandakan Jun nanti.

Terdahulu, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Nilwan Kabang dalam ucapan perasmian berkata  penganjuran pertandingan itu bertepatan dengan usaha menyemai sikap cinta akan negara demi mempertahankan kemerdekaan negara.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kunak menyarankan Jabatan Penerangan (JaPen) agar terus membuka penyertaan bukan sahaja di peringkat sekolah malah swasta, persatuan belia dan badan bukan kerajaan dalam usaha mempertahankan keharmonian perpaduan negara khususnya di daerah berkenaan.

Teks ucapannya disampaikan  oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Utoh Johan Angkee di SMK Kunak Jaya, semalam.

Terdahulu, Pegawai JaPen, Mohd Kaya Iggoh menjelaskan penganjuran tersebut bertujuan menyemarak semangat patriotik melalui pidato di samping mencungkil bakat berhujah para peserta.

Naib johan pertandingan itu pula dimenangi wakil Tawau, Tamrin Jamil , manakala Rasmini Nurung, wakil Daerah Semporna di tempat ketiga dan sagu hati diraih peserta tuan rumah, Hafirah Tamizi.

 

Tinggalkan komen anda