Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Tradisi Bermain Wau Diteruskan Walaupun Cuaca Panas

By 21 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan /Foto : Wan Muhamad Zikri Wan Kamis (Kangar)

KANGAR, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Acara bermain wau merupakan acara tahunan yang menjadi tradisi di Kampung Ujung Bukit di sini.

Cuaca panas terik yang melanda negeri-negeri di utara semenanjung sekarang tidak menghalang penduduk kampung disini menjayakan acara pertandingan wau tertutup Kampung Ujung Bukit yang berlangsung selama dua hari dari 19 hingga 20 Mac.

20160320_173542

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Ujung Bukit, Ab Karim Saad berkata bermain wau amat diminati oleh penduduk kampung dan permainan ini diwarisi turun temurun.

Pelbagai kategori permainan wau dipertandingkan , termasuk wau tradisional dan moden.

Acara kali ini merupakan anjuran Komuniti 1Malaysia Kampung Ujung Bukit, JKKK Kampung Ujung Bukit, Jabatan Penerangan Negeri Perlis, Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Perlis dan Persatuan Homestay dan Inap Desa Kampung Ujung Bukit.

 

Tinggalkan komen anda