Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)
MELAKA, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Orang Kurang Upaya (OKU) yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan akan dirujuk ke Klinik Kesihatan (KK) untuk mendapatkan bantuan khas pengurusan diri.
Menurut Jurupulih Perubatan Carakerja, Nur Thaqqifah Md Sani, pelbagai pesakit daripada pelbagai latarbelakang perubatan dirujuk ke Klinik Kesihatan untuk bantuan, antaranya Down Syndrome, Celebral Palsy, Autisme, Learning Disorder dan Hyperactive.
“Tugas kami adalah untuk membantu mereka untuk membuat stimulation activity agar mereka dapat berdikari dan mengurus diri sendiri, contohnya bayi yang lambat berjalan, lambat merangkak, memakai baju sendiri mahupun toilet training,”jelasnya.
Tambah beliau, rawatan yang dibuat di klinik akan dijalankan dua minggu sekali, manakala sebulan sekali jika di lakukan di hospital, samada secara perseorangan ataupun dalam kumpulan dan ia akan berjalan dalam tempoh 45 minit ke 2 jam setiap sesi.
“Ibu bapa juga turut diajar cara pengendalian yang betul kepada anak-anak mereka dan kami akan beri mereka homework untuk dilakukan sendiri di rumah,” ujar Nur Thaqiffah.
Menurutnya, ada sesetengah OKU yang tidak dapat memegang pensil dan mereka akan ajar ibu bapa kaedah Tripod Pinch (meletak pemadam di anak jari dan jari manis manakala tiga jari lagi untuk memegang pensil) untuk melatih anak-anak di rumah.
Selain hospital, hanya lima klinik kesihatan yang menyediakan khidmat tersebut di Melaka,iaitu di Ujong Pasir, Cheng, Ayer Keroh, Seri Tanjung dan Peringgit dan rawatan akan dilakukan sehinggalah pesakit dapat berdikari sendiri.