Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

106 Tahun: JaPen Meniti Zaman Melalui Pelbagai Kaedah

By 26 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohamad Azree Mohd Zaki / Emran Ismail / Che Nor Ismail / Foto: JaPen

KUANTAN, 25 Apr (Malaysiaaktif) — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob semalam memberi penghargaan kepada Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen)  yang menurut beliau menggarap kedewasaan dalam meniti zaman.

Beliau berkata walaupun sudah mencecah usia 106 tahun, jabatan tersebut masih fokus kepada usaha untuk menyampaikan maklumat tentang dasar kerajaan, samada secara bersemuka mahu pun melalui kaedah kontemporari, termasuk media sosial.

 

9e4c243d-87b7-4fae-9c26-84698cbd95ae

4d965e18-24ce-42fa-9767-2b583e32239b

 

Beliau berkata demikian sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan Jabatan Penerangan Pahang di sini semalam.

Dalam majlis tersebut Adnan dihadiahkan album gambar-gambar Menteri Besar oleh pihak JaPen Pahang. Turut hadir dalam majlis tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Guai merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Norul Azali Sulaiman .

 

-AAS

Tinggalkan komen anda