Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

PRN Sarawak: Polis Terima Enam Laporan

By 26 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa/ Foto: Abdul Hafiz Itam

KUCHING, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Sebanyak enam laporan diterima setelah sesi penamaan calon berlangsung di 79 pusat penamaan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 semalam.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Kontinjen (IPK) Sarawak, ACP Mohd Haris Daud, daripada enam laporan yang diterima, lima kertas siasatan telah dibuka sementara satu lagi dirujuk kepada agensi berkaitan.

“Laporan yang diterima adalah dari Kota Sentosa, Kapit, Bintagor, Bekenu, dan Sarikei. Setakat ini tiada tangkapan dibuat.

“Satu laporan dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, satu di bawah Seksyen 500 bersama Seksyen 233 di bawah Akta Multimedia dan selebihnya kertas siasatan dibuka di bawah Akta Pilihan Raya.

Tambahnya, semalam daripada 29 permit yang dipohon untuk ceramah hanya 27 ceramah berlangsung, 20 oleh Barisan Nasional (BN), manakala tujuh oleh Democratic Action Party (DAP).

“Sehingga 11.30 pagi ini, kita telah menerima sebanyak lapan permit. Kesemuanya parti BN, Kawasan Maradong.

Sementara itu, 20 kawasan yang kita label sebagai kawasan panas ialah Batu Kawa, Bawang Assan, Pakan, Tasik Biru manakala beberapa kawasan tumpuan iaitu Tanjong Datu, Batu Kawa dan Bawang Assan.

“Kawasan panas dan tumpuan ini kita akan memberikan perhatian yang lebih. Polis juga sentiasa bersiap sedia di semua kawasan ceramah dan tumpuan,’ ujar Haris yang ditemui dalam sidang media di IPK Sarawak tengah hari tadi.

Terdahulu, Haris juga menyatakan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang proses penamaan dan semua calon tidak berdepan dengan masalah lalu-lintas.

Proses kempen bagi PRN kali ini telah bermula semalam sehingga 12 malam pada 6 Mei sementara proses pengundian akan berlangsung pada keesokannya hari.

 

Tinggalkan komen anda