Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Abdul Rahman Zohari Ditentang Calon Muda PKR

By 25 April 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Asmider Zainol / Foto Jaed Tepus

KUCHING, 25 Apr (Malaysiaaktif) — Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg ditentang calon muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Salleh Shawkatali bagi Dewan Undangan Negeri 8 Satok.

Abdul Rahman, 66, tiba di pusat penamaan calon pada pukul 8.40 pagi diiringi oleh Ibrahim Baki selaku pencadang dan Zulkarnain Mohd Hasbie sebagai penyokong bersama-sama lebih 1,000 pengikutnya.

Sementara itu, Salleh, 35, diiringi bapanya, Shawkat Ali V Mohamed Salleh (pencadang) dan Yahya Hamid (penyokong) serta lebih 30 orang pengikutnya.

 

 

Walaupun hujan renyai pagi tadi,  kedua-dua pihak yang bertanding tetap menunggu di luar pagar Pusat Penamaan Calon, Dewan Datuk Merpati Jepang sehingga proses penamaan calon berakhir.

Hadir sama memberi sokongan kepada Abdul Rahman ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 di 82 pusat penamaan calon bermula pukul 9.00 pagi dan ditutup pada 10.00 pagi tadi.

Seramai 1.14 juta pemilih berdaftar, termasuk 1.11 juta pengundi biasa, layak mengundi dalam pilihan raya negeri pada 7 Mei depan.

 

– SF/AAS

Tinggalkan komen anda