Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Idris Buang Ditentang PAS, PAN Di Muara Tuang

By 25 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Baharruddin bin Mohamad

SAMARAHAN, 25 Apr (Malaysiaaktif) —  Calon Barisan Nasional (BN) untuk Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N16 Muara Tuang, Idris Buang, 60 ditentang oleh calon Parti Islam Se-Malaysia(PAS), Zulkipli Ramzi, 36 dan calon Parti Amanah Negara, Abang Abdul Halil Abang Naili, 54.

Idris tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.00 pagi bersama lebih kurang 2,000 orang  penyokong. Pencalonannya dicadangkan oleh Adot bin Pok dan disokong oleh Mau anak Lateh.

Zulkipli tiba dipusat penamaan calon pada pukul 8.25 pagi dengan diiringi oleh Mastura binti Julai (Pencadang) dan Hamdan bin Sani (Penyokong) bersama-sama dengan 50 orang penyokong.

 

20160425002717 (1)

 

Sementara itu, calon parti Amanah Negara, Abang Abdul Halil tiba pada pukul 8.40 pagi dengan diiringi oleh Awang Julai bin Awang Udin (Pencadang) dan Ahmad Nazrul Mubin bin Hamdan (Penyokong) bersama-sama dengan 20 orang penyokong.

Bagi DUN N.17 Stakan pula, calon BN Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud ditentang oleh calon  Parti Tindakan Rakyat (DAP), Leslie Ting Zhi Xiang, 25.

Mohammad Ali tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.00 pagi, manakala Leslie Ting tiba pada pukul 9.25 pagi dengan diiringi oleh Tony ak Kilim (Pencadang) dan Edmund Damit anak Asong (Penyokong).

Keadaan semasa penamaan calon tenang dan penyokong kesemua parti tetap menunggu sehingga keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus bagi N.17 Stakan, Haji Jamalie bin Haji Busu dan Mohd Ainnie bin Haji Wahad Pegawai Pengurus bagi N.16 Muara Tuang.

Hadir sama mengiringi kedua-dua calon BN ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda