Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanViral

Adenan Satem Umum 10 Lagi Calon

By 6 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 Oleh: Mohd Baharruddin bin Mohamad

KUCHING, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Hj Satem telah mengumumkan 10 orang calon daripada Sarawak United People Party (SUPP) untuk mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi pilihan raya ke-11.

Antara nama calon yang diumumkan ialah Peter Pau yang mewakili N9 Padungan, Milton Foo Tiang Wee mewakili N10 Pending, Sih Hua Tong mewakili N11 Batu Lintang, Wilfred Yap Yau Shin mewakili N12 Kota Sentosa.

Kerusi baharu bagi N13 Batu Kitang diwakili Lo Khere Chiang. N14 Batu Kawah pula ialah Datuk Dr. Sim Kui Hian.

Sementara itu, N32 Simanggang diwakili oleh Datuk Francis Harden, N51 Bukit Assek diwakili Chieng Buong Toon, manakala wakil N73 Piasau ialah Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, dan N75 Datuk Lee Kim Shin mewakili Senadin.

Adenan mengumumkan nama calon-calon tersebut semasa sidang media khas di Pejabat Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia sebentar tadi.

Tinggalkan komen anda