Skip to main content
Home

33,090 Pengidap Diabetes

By 6 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 

Oleh : Anuar Che Amat. (Kangar)

KANGAR, 6 April (Malaysiaaktif) – Seramai 33,090 penduduk dewasa di negeri Perlis mengidap diabetes menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan(NHMS) pada tahun 2015.

Dr. Zaini Husin, Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis

Dr. Zaini Husin, Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, “seramai 56,859 orang telah direkodkan mengidap penyakit darah tinggi pada tahun lepas dan 75,553 orang di catatkan mempunyai paras kolestrol yang tinggi. Kajian itu juga mendapati seramai 33,750 penduduk mengalami obesiti atau kegemukan”, ujarnya lagi.

Menyedari hakikat itu,beliau meminta rakyat negeri Perlis menyokong usaha-usaha yang dirancang Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dalam Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) bagi mempromosikan kesedaran pencegahan penyakit tidak berjangkit.

Pada tahun 2016 KOSPEN akan berkerjasama dengan jabatan kerajaan dan swasta untuk menjalankan aktiviti gaya hidup sihat seperti berbasikal dan senamrobik dalam menggalakkan gaya hidup lebih sihat.

Tinggalkan komen anda