Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

‘Car Boot Sale’ Kini Jadi Trend

By 6 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Norhayani Hashim

TELOK AIR TAWAR,  6 Apr (Malaysiaaktif) – Menyedari peningkatan kos sara hidup dan barang keperluan, kini ramai memilih untuk menjadikan perniagaan sebagai kerjaya alternatif bagi menambah pendapatan.

Jualan dari bonet kereta atau lebih dikenali sebagai ‘Car Boot Sale’ merupakan trend perniagaan pada masa ini yang semakin popular.

Konsep ini menarik perhatian ramai peniaga muda, terutamanya bagi mereka yang baru ingin mencuba dalam bidang perniagaan.

‘Car Boot Sale’ Pantai Robina yang  diadakan baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Menurut seorang penjual barangan permainan kanak-kanak ‘Car Boot Sale’, Hakim Soffian, 29, bayaran sewa berpatutan yang dikenakan pihak penganjur membolehkannya mengisi masa lapang pada hujung minggu dengan menambahkan pendapatan.

55348e84-0bb4-4b17-8207-0ea05b4cd266

Program anjuran RCC Ventures, Rukun Tetangga dan Koperasi Generasi Teluk Air Tawar ini diadakan di tapak Parkir Pantai Robina, Telok Air Tawar, Butterworth pada setiap Ahad, bermula dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Selain membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin berniaga, ‘Car Boot Sale’ juga memberi peluang kepada individu yang ingin memasarkan barangan lama (preloved) yang sudah tidak digunakan lagi.

Orang ramai juga boleh mendapatkan barangan yang diinginkan dengan harga yang lebih murah di ‘Car Boot Sale’ berbanding kompleks beli-belah.

Tinggalkan komen anda