Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Perlu Istiqamah Dalam Perjuangan Parti – Annuar

By 6 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

Ā 

Ā Oleh Siti Rasidah & Mohamad Zairin

SHAH ALAM, 6 April (Malaysiaaktif) ā€“ ā€œKita perlu istiqamah dalam perjuangan parti dan mesti berdiri bersama memperjuangkan parti di saat kita diuji ketika parti sedang lemahā€, tegas Tan Sri Annuar Musa ketika memberi ucapan di Majlis Bual Bicara bersama Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Majlis diadakan di Bangunan UMNO Bahagian Shah Alam malam tadi.

ā€œSelangor boleh dimenangi kembali dengan semangat bersatu dan jangan berpecah belah di antara satu sama lain dan UMNO sendiri mesti berani membuat pendekatan baruā€, tegas beliau.

ā€œKita telah dijajah selama 446 tahun oleh kuasa asing dan jika kita tidak bersatu, lagi lamalah kita akan dijajah dan tidak akan mendapat kemerdekaanā€, ujar beliau lagi.

Beliau juga menegaskan UMNO tidak rasis dan perlu bijak dalam menangani isu ini.

Tambah beliau, ā€œDalam Islam sendiri tidak membenarkan kita membenci sesama kaumā€

ā€œKekuatan kita akan kekal selamanya jika kita semua bersatu dan jangan berpecah belah kerana UMNO ini lahir dari semangat roh dan jiwa perjuangan demi meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negaraā€, tegas beliau lagi.

Tinggalkan komen anda