Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Musim Panas Jana Pendapatan Tambahan

By 6 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh Siti Asmah bt Mat Ali dan Suriani bt Ghazali (Ipoh)

IPOH, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Walaupun ramai yang merungut ‘panas’ ketika suhu mencecah sekitar 37 darjah celcius, namun musim panas ini membuka pintu rezeki kepada individu yang bijak mengambil peluang.

Peluang ini diambil oleh Azlani Norman Bari, 42, untuk berniaga air buah-buahan di Jalan Cempaka Sari yang terletak berhampiran Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Politeknik Ungku Omar (PUO).

Ketika ditemui, Azlani yang turut dibantu oleh anaknya, Mohd Alif, 18, tidak menang tangan melayan pelanggan yang singgah untuk membeli air yang dijual antaranya seperti jus mangga, epal, buah naga, pisang dan oren.

Ak2uvF5QIGEvKwYh-w7EV5v9pGWw2VcvRkCgpN-oxlF4

 

“Hampir 80% pelanggan saya ialah pelajar Politeknik Ungku Omar sebab itu harga air buah-buahan ini dijual pada harga yang berpatutan iaitu sekitar RM2.00 hingga RM4.00 sahaja segelas,” ujar Azlani.

Azlani

Peniaga air buah-buahan, Azlani Norman Bari bersama wartawan Malaysiaaktif.

 

Tambahnya, purata jualan kasar dalam sehari mencecah hingga RM300. Azlani sebelum ini berniaga di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng namun kini bertukar ke sini untuk menjana pendapatan lebih.

Dia yang berasal dari Sungai Siput sebelum ini bekerja dalam sektor perbankan selama 11 tahun sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana minat yang mendalam dalam bidang perniagaan.

 

-DZ/SF

Tinggalkan komen anda