Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Curi Balak: 10 Warga Tempatan Ditangkap Polis Melaka

By 19 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 19 Apr (Malaysiaaktif) — Seramai 10 lelaki tempatan, termasuk seorang mekanik yang dipercayai terlibat dalam kes pencerobohan dan pencurian pelbagai jenis kayu balak pada 16 April lepas ditangkap oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Melaka baru-baru ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din berkata pengadu yang merupakan Ketua Projek telah membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Jasin pada 14 April selepas curiga mendapati kenderaan pacuan empat roda yang sarat dengan tong-tong minyak diesel berada di tanah majikannya yang dahulu dikenali sebagai Golden Valley Resort, Kesang.

 

20160419024524

 

Beliau memberitahu satu sidang media petang tadi bahawa satu pasukan diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Jasin kemudiannya membuat serbuan ke kawasan yang berkeluasan 525 ekar itu dan seterusnya merampas pelbagai peralatan, termasuk mesin memotong balak, gergaji, lori dan ekskavator.

“Di kawasan penebangan terdapat kesan pokok-pokok yang dipotong sebelum ini, tapi belum sempat dibawa keluar dan jumlah keseluruhan rampasan adalah sebanyak 107 batang pokok dengan nilai kira-kira sejuta ringgit,”katanya.

Pihak polis kemudiannya menyerbu sebuah kilang kayu di Alor Gajah yang membeli kayu-kayu curi tersebut dan merampas 28 batang kayu yang telah dipotong dan kayu yang telah dijadikan papan.

Ramli berkata polis sedang mengesan dua lagi suspek yang dikenali sebagai A.Nasaruddin bin Abd Ghani(Hj. Hanif) berusia 51 tahun dari Ramuan Cina Kecil dan Razid Bin Ripin berusia 34 tahun dari Kampung Rembia.

 

duo

 

Sementara itu, dalam kes berasingan, dua orang warga tempatan, masing-masing berusia 28 dan 32 tahun berjaya ditahan oleh polis dari Balai Polis Malim bersabit cubaan merompak warga asing pada 16 April lepas.

Suspek mengaku terlibat dalam 10 kes rompakan ke atas pekerja kilang warga asing sekitar Malim dan Batu Berendam.

Menurut Ramli, modus operandi mereka dengan menyamar sebagai anggota polis diatas alasan mahu memeriksa kad pengenalan mangsa dan kemudian merompak menggunakan senjata.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda