Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

Dikir Barat Sebagai Kaedah Penyatuan, Sebaran Maklumat

By 13 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan / Foto Ab.Rashid Mohd Yusoff, Suhaimi Nik Wil & Sukri Ismail (Machang)

MACHANG, 13 April (Malaysiaaktif) — Dalam keghairahan masyarakat dunia berinteraksi dan berhibur menggunakan media sosial dan Internet, dikir barat dilihat masih lagi mampu memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat secara santai kepada golongan muda di Kelantan.

 

20160413010550

 

Juara atau Tok Jorgho dan Tukang Karut adalah dua karekter yang memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej-mesej perpaduan dan bahana gejala sosial melalui lagu-lagu daerah kepada masyarakat penonton. Turut diselitkan unsur-unsur pembentukan jati diri dalam kalangan anak anak muda.

Sehubungan itu, Ahad lepas telahh berlangsung persembahan Dikir Barat sempena program Info Komuniti di Mata Air yang menyaksikan kehebatan Tok Jorgho Abe Lie Air Batu dari Kumpulan Dikir Sri Kundur Kechelong Bachok, dengan Tukang Karut, Mat Jeng Endoro. Kedua mereka berjaya memikat anak anak muda dan golongan dewasa dengan lagu-lagu yang berunsur nasihat dan pedoman bermaklumat.

 

20160413010529 (1)

 

Menurut seorang anak muda, Saiful Abdullah 25, program sebegini sewajarnya diteruskan di masa masa yang akan datang kerana ia memberi banyak maklumat berfaedah secara santai dan hiburan kepada golongan muda dan dewasa.

Masyrakat setempat juga berpuas hati dengan penganjuran seperti ini kerana mesej-mesej yang disampaikan turut diulas oleh beberapa orang jurucakap daripada agensi kerajaan, seperti Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Penerangan.

 

– AAS

Tinggalkan komen anda