Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlisViral

Perlis Berhadapan Proses Catuan Air

By 14 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Anuar Che Amat

Kangar, 13 Apr (Malaysiaaktif) – Kerajaan Perlis sedang memantau paras air di Empangan Timah Tasoh yang telah susut 0.02 meter kepada 26.27 meter hari ini. Situasi ini memungkinkan rakyat negeri Perlis berhadapan percatuan air sekiranya hujan masih tidak turun di negeri ini.

Demikian kenyataan Menteri Besar Perlis Dato’ Seri Azlan Man kepada pemberita selepas selesai Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Keempat DUN Perlis ke 13 yang berlangsung semalam dan berakhir hari ini.

Sebahagian Empangan Timah Tsoh Kering Kesan Dari Fenomena El Nino

Sebahagian Empangan Timah Tsoh Kering Kesan Dari Fenomena El Nino

 

Azlan berkata, Perlis telah dan sedang melaksanakan proses pembenihan awan dan akan berterusan sehingga 18 April ini. Sekiranya hujan masih tidak turun, kerajaan Negeri Perlis akan melaksanakan proses percatuan air kepada penduduk negeri Perlis. Katanya lagi, proses pembenihan awan telah bermula semalam.

 

mb 2

 

Azlan turut meminta penduduk di negeri Perlis supaya berjimat cermat mengunakan air di dalam urusan seharian memandangkan paras air di Empangan Timah Tasoh semakin surut akibat cuaca panas yang melampau kesan daripada fenomena El Nino ketika ini.

Tinggalkan komen anda