Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Melaka Destinasi Pertama Pameran Artifak Rasullullah SAW

By 13 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 13 Apr (Malaysiaaktif) — Buat julung kali, pameran artifak Rasullullah SAW dan Para Sahabat yang pertama di Asia akan diadakan Melaka.

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan menganjurkan pameran ini dari 15 Mei hingga 2 Jun bertempat di Masjid Al-Azim.

Pameran ini bertujuan memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat artifak peninggalan baginda serta para sahabat.

 

20160412234017

 

Sejumlah 40 artifak akan dipamerkan, termasuk rambut Rasullullah SAW, Tapak kaki Rasullullah SAW, Capal Rasullullah SAW, Darah Bekam Rasullullah SAW, Kain Penutup Makam Rasullullah SAW, Kain Pintu Kaabah dan banyak lagi.

Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Wira Yaakub Md. Amin berharap pameran ini dapat menarik lebih 200,000 pengunjung dari seluruh Malaysia, memandangkan Melaka terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan.

“Penganjur akan memanjangkan tempoh pameran ini hingga Ramadhan jika ada permintaan dan mendapat sambutan yang menggalakkan,” katanya dalam sidang media yang diadakan hari ini di Pusat Islam Melaka.

Pihak Warisan M.A.R dan Yayasan Pembangunan Insan Nusantara Malaysia yang diwakili oleh Prof. Dr. Abdul Manan Embong berkata projek ini telah diusahakan selama dua tahun dan melibatkan kerjasama beberapa negara, seperti Syria, India dan Brunei kerana negara-negara ini menyimpan artifak-artifak berkenaan.

Pameran bernilai kira-kira RM4 juta ini akan mengenakan bayaran masuk sebanyak RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Pihak lain yang terlibat dalam pameran ini, termasuk ANO Ventures Sdn Bhd selaku Pengurus Acara dan Universiti Teknologi MARA.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda