Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurEkonomiHomePahangViral

‘Hogoh Pahang’ Slogan Tahun Melawat Pahang 2017

By 21 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Faizul Effendy Abd Rahman

KUANTAN, 21 Apr (Malaysiaaktif) — Kempen Tahun Melawat Pahang (TMP 2017) dilancarkan di sini hari bersandarkanslogan ‘Hogoh Pahang’, seperti yang digunakan pada 1994.

‘Hogoh’ yang bermaksud menggegar dalam loghat tempatan dianggap sesuai memandangkan kerajaan negeri menyasarkan 2017 sebagai tahun menggegarkan industri pelancongan di negeri Pahang.

Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnab Yaacob, kempen ini bertujuan memperluaskan jangkauan segala acara dalam kalendar pelancongan negeri melalui media sosial dan media arus perdana, selain acara promosi dan kerjasama dengan syarikat pelancongan.

Adnan berkata pada 2015, Pahang menerima seramai 10.5 juta pengunjung dengan pulangan sebanyak RM7 bilion.

Melalui kempen ‘Hogoh Pahang’ kali ini kerajaan berharap Pahang dikunjungi sekurang-kuranya 2.5 juta pengunjung lagi dan seterusnya meningkatkan pendapatan negeri.

Sementara itu, dalam sidang media yang diadakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata kerajaan negeri akan juga memperkenalkan lebih banyak destinasi pelancongan di negeri ini.

Beliau berkata memandangkan Pahang mempunyai 11 daerah dan masing-masing mempunyai keunikan tersendiri, seperti makanan tradisi dan seni kraftangan, promosi akan diadakan setiap bulan melalui media sosial, video serta aktiviti khidmat masyarakat.

Sempena majlis itu Adnan menyampaikan bahan penerbitan promosi kepada pengusaha-pengusaha agensi pelancongan, syarikat korporat dan kompleks membeli-belah.

Pelancaran rasmi TMP 2017 dijangka disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada awal 2017, sementara majlis yang berlangsung hari ini merupakan pengenalan awal logo kempen, tema dan maskot.

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda