Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

UiTM Dengkil – Mercu Pendidikan Taraf Tinggi

By 21 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Ā Oleh: Kamaruzaman Aziz (Sepang)

DENGKIL, 21 Apr (Malaysiaaktif) ā€“ Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil merupakan mercu tanda pendidikan bertaraf tinggi dalam arus perdana pendidikan global.

Demikian menurut Setiausaha Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Dengkil, Mohd Yusof Subali ketika ditemui Malaysiaaktif.

Katanya, kampus baharu UiTM ini menjadi kebanggaan bagi seluruh penduduk Dengkil.

Mula beroperasi pada 26 November 2015, kampus Dengkil ini menempatkan 4,700 pelajar asasi dari seluruh negara bagi sesi pengajian selama satu tahun (2 semester).

Terdapat empat kursus pengajian asasi yang ditawarkan di sini, iaitu Kursus Asasi TESL, Sains, Kejuruteraan dan Undang-Undang.

Pegawai di Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran UiTM Dengkil, Fazilah Mohd Minal, berkata kampus Dengkil ini diketuai oleh Prof. Madya Ahmad Kamil Hussin selaku Pengarah dengan bantuan 89 staf kumpulan pengurusan dan sokongan, serta 156 tenaga pengajar.

UiTM Dengkil yang berkeluasan kira-kira 20 ekar ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti asrama pelajar dan perpustakaan.

Menurut seorang penduduk Dengkil yang ditemui Malaysiaaktif, Nordin Jamil, dia berharap pihak pengurusan UiTM dapat menjalinkan kerjasama bersama penduduk setempat melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan denganĀ  penglibatan pelajar dan kakitangannya.

Seorang lagi penduduk Dengkil, Zubariah Hamid berkata, UiTM Dengkil ini diharap dapat dijadikan inspirasi bagi menyuntik iltizam pelajar setempat untuk berdaya saing mencipta kecemerlangan masa depan.

– AH

Tinggalkan komen anda