Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurEkonomiHomePahangViral

PR1MA 2 Makmur Jaya Akan Siap Lebih Awal

By 21 April 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohamad Azree Mohd Zaki / Che Nor Ismail

RAUB, 21 Apr (Malaysiaaktif) —  Sejumlah 96 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) 2 Makmur Mutiara Jaya di sini yang dalam pembinaan dijangka siap pada 2019.

Menurut Pengarah Urusan RIMASRIA Sdn Bhd. Mohamad Fitri Mohamad Khabri, projek yang dimulakan sejak hampir sebulan lalu sedang berjalan lancar dan dijadualkan siap pada 2020, tetapi pihak pemaju akan cuba menyiapkannya setahun lebih awal.

 

20160421003842 (1)

 

Menurutnya, pelan rumah PR1MA 2 menarik dengan keluasan agak selesa yang mungkin memuaskan pembeli.

Rumah jenis berkembar setingkat PR1MA 2 di Makmur Mutiara Jaya ini ditawarkan untuk pembelian pada harga serendah RM150,000 seunit dengan setiap unit dilengkapi kemudahan tiga bilik  dan dua bilik air.

Fitri berkata di daerah Raub terdapat dua projek PR1MA dalam pembinaan, iaitu di Kampung Lechar, Dong dan di Makmur Mutiara Jaya, Jalan Cheroh.

Kedua-dua projek telah mendapat kelulusan daripada Menteri Besar Datuk Seri  Adnan Yaakub dengan persetujuan Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda