Oleh Hamidah Md Drus / Ramasamy A/L Amas (Jempol)
JEMPOL, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Lebih 100 orang menghadiri Seminar Keibubapaan yang berlangsung di SRJK (T) Ladang Senama, Bahau semalam.
Seminar ini bertujuan menjelaskan dan memberi kesedaran tentang pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka.
Pegawai Penerangan dari Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Karunakaran A/L Muthiah yang bertindak sebagai penceramah berkata mereka perlu mengubah pemikiran tentang tanggungjawap tersebut dan bukan sekadar menyerahkan tugas kepada pihak sekolah.
Seorang ibu yang menyertai seminar ini berkata inisiatif tersebut baik kerana memberi pengetahuan kepada ibu bapa, khususnya masyarakat India di sini.
Majlis dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jeram Padang merangkap Exco Kerajaan Negeri, Datuk L. Manickam.
Manickam turut mengumumkan bantuan penyelenggaraan berjumlah RM150,000 kepada sekolah tersebut, Bantuan tersebut dari Kerajaan Persekutuan.