Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Nelayan Bantu Wanita Jatuh Di Jambatan Pulau Pinang

By 4 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Mohd. Faizal Mat Akhir (Perai) / Sumber foto: Netizen

PERAI, 4 April (Malaysiaaktif) – Seorang wanita berumur lingkungan 60 tahun berjaya diselamatkan oleh sebuah bot nelayan semalam selepas dikatakan terjatuh ke dalam laut di kilometer 5.0 Jambatan Pulau Pinang.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang menerima laporan tersebut pada pukul 3.17 petang, sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut Pengarah APMM Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kamaruszaman Abu Hassan, sebaik sahaja bot tiba di lokasi kejadian, mangsa telah berjaya di selamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan tersebut.

Mangsa yang mengalami kecederaan ringan di bahagian pinggang, diserahkan kepada pihak APMM sebelum dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban, ujar beliau lagi.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya oleh Ambulans Pasukan Bomba dan Penyelamat.

Kamaruszaman berkata sikap perihatin orang awam amat dihargai dan perlu dicontohi kerana tindakan pantas mereka mampu menyelamatkan nyawa seseorang.

Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

 

-AH

Tinggalkan komen anda