Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri SembilanViral

Ibu Bapa Perlu Pantau Anak-Anak Supaya Tidak Dipengaruhi IS  

By 6 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Norhayati Shamsu Anuar (Kuala Pilah) / Foto: PDRM

KUALA PILAH, 6 Apr (Malaysiaaktif)  – Ibu bapa perlu lebih peka dengan kegiatan anak-anak mereka kerana kumpulan militan Islamic State atau IS menggunakan pelbagai cara untuk menarik golongan muda menyertai mereka – media sosial antaranya.

Menurut ASP Khairul Azwan Selihudin dari Cawangan Khas Anti Pengganas Bukit Aman, kumpulan itu mengunakan media sosial seperti Facebook untuk menpengaruhi golongan muda dengan menyebarkan dakyah perjuangan mereka.

 

IS

 

Walaupun agak sukar bagi ibu bapa mengawas kegiatan anak mereka, terutama yang berkaitan media sosial, namun ia perlu dilaksanakan untuk menyekat anak mereka daripada terpengaruh oleh puak IS. Selain itu, ibu bapa yang dapat mengesan perubahan anak-anak ke arah ini dinasihatkan supaya segera menghubungi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.

Khairul berkata PDRM membuat pemantauan secara berkala dan mengumpulkan maklumat terhadap kegiatan berunsur IS, terutama dalam penyebaran melalui media sosial.

Beliau merujuk kepada langkah-langkah yang terkandung dalam Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang dikenali sebagai SOSMA, Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Undang-undang tersebut menetapkan sebagai kesalahan jika seseorang itu mempromosi, merekrut, menyebar, menggalakkan, membantu, melindungi, menyebar dan menganjurkan aktiviti yang ditakrifkan bersabit keganasan.

Selain itu ia juga merupakan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

Khairul  Azwan berkata demikian pada majlis Bicara Eksekutif : Ancaman Militan IS Dan Ekstremis Agama anjuran Majlis Keselamatan Negeri Sembilan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di Dewan Dato’ Bahaman di sini semalam.

Turut hadir Pegawai Daerah Kuala Pilah, Ali Luqman.

 

Tinggalkan komen anda