Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pesawah Mula Terima Air

By 7 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Mohd Zanizal Zamani & Ariza Mohamed Zaki (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Pesawah Skim Pengairan Muda semalam menarik nafas lega apabila sawah-sawah yang diusahakan mereka mula menerima air.

Tinjauan Malaysiaaktif mendapati tali air utama Sungai Muda dan sawah di sekitar sudah mula dipenuhi air.

39f7dc36-942c-4c5a-86f4-1e8959096796

Menurut Juruteknik Rumah Pam Bumbung Lima, Mohd Nizam Isa, pihaknya telah memulakan operasi mengepam air dari Sungai Muda ke tali air utama pada 4 April lalu berikutan bacaan paras air di rumah pam tersebut telah melebihi paras yang dibenarkan, iaitu 2 meter.

Tambahnya, setakat ini hanya satu daripada lapan pam sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi.

“Kalau ikut jadual asal, pihak kita sepatutnya membekalkan air untuk jadual pertama pada 11 Mac lalu, tetapi kita tidak dibenarkan berbuat demikian kerana paras air berada bawah paras yang dibenarkan. Tetapi dua hari lalu kita terima arahan untuk mengepam,” ujar Nizam lagi.

Sementara itu, pesawah di Bumbung Lima, Md. Nor Ahmad, 52, ketika ditemui melahirkan rasa syukurnya bersama pesawah lain kerana akhirnya aktiviti menanam sudah boleh dijalankan kembali setelah lama ketinggalan daripada jadual asal.

5ef6c634-86ee-4cf0-a949-1f8cdefa3d88

Melihat fenomena El Nino yang menyebabkan ketiadaan bekalan air kali ini sebagai ujian tuhan, Md. Nor berkata musim ini merupakan yang terburuk pernah dialaminya, sepanjang 20 tahun mengerjakan sawah.

Sebelum ini, sawah-sawah di sekitar Seberang Perai tidak menerima air seperti yang dijadualkan ekoran daripada kekurangan bekalan air dari sungai-sungai utama.

Tinggalkan komen anda