Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeNegeri SembilanViral

Solat Hajat Istisqa’ Mohon Hujan di Negeri Sembilan

By 6 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faizal Abdul Hamid (Seremban)

SEREMBAN, 6 Apr (Malaysiaaktif) — Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) pagi tadi mengadakan Solat Hajat Istisqa’ memohon hujan di Empangan Sungai Terip Seremban.

Seramai 70 orang terdiri daripada pelajar tahfiz, kakitangan SAINS dan kakitangan awam hadir.

 

salah seorang pelajar tahfiz mengambil wuduk

 

Majlis bermula pada pukul 10.00 dengan solat hajat yang diimamkan oleh Pengajar Tahfiz Madrasah Al-Falah Kuala Sawah Rantau, Ustaz Anuar Azhar dan diikuti dengan khutbah.

Pengarah SAINS, Wan Rasdi Wan Ismail, berkata solat hajat itu pertama kali diadakan oleh syarikat itu bagi tahun ini.

 

Solat Hajat diimankan Ustaz Anuar Azhar

 

Beliau berkata, fenomena El Nino yang melanda rantau ini mengakibatkan kekurangan kadar taburan hujan di kebanyakan negeri, termasuk Negeri Sembilan.

Walau bagaimanapun, menurut Wan Rasdi, tujuh empangan air di Negeri Sembilan dalam keadaan baik dan paras air masih belum melepasi tahap kritikal, kecuali di Empangan Gemencheh.

 

Air di empangan Sg Terip masih dalam keadaan mencukupi

 

“Kami mengepam air sebanyak enam juta gelen sehari dari Sungai Jelai bagi membekalkan air mentah ke Empangan Gemencheh”.

“Bagi Empangan Sungai Terap pula, ia dapat bertahan sehingga penghujung Jun jika tiada hujan,” ujar beliau.

Wan Rasdi menasihatkan orang ramai agar menggunakan air secara berhemah pada musim panas ini.

Turut hadir Pengurus Besar SAINS, Zulkifli Ibrahim.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda