Skip to main content
Berita Tempatan

Islam Bukan Pengganasan, Tetapi Eratkan Perpaduan

By 22 April 2016April 25th, 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohamad Azree Che Nor Ismail

RAUB, 22 Apr (Malaysiaaktif) — Sesetengah pihak menuduh Islam sebuah  agama yang mengamal pengganasan dan tidak menghormati agama lain. Dakwaan tersebut disangkal dengan sekeras-kerasnya oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad semasa bertitah ketika perasmian masjid Kampung Sempam di sini.

 

20160425011117

 

Tengku Abdullah berkata masjid adalah tempat ibadah orang Islam yang sentiasa menjaga keharmoni dan ketertibaan semasa berada dalamnya. Ruang masjid bukan tempat untuk berpolitik atau pun menyebar maklumat yang  menghasut supaya membenci agama lain.

Sehubungan itu, baginda mengingatkan sesiapa yang ingin menjadi penceramah diwajibkan membuat pemohonan kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Sempena majlis itu baginda menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang daripada golongan yang memerlukan dan seterusnya berangkat untuk menunaikan solat maghrib bersama penduduk kampung serta jemputan.

Seramai 2000 orang hadir menyambut keberangkatan baginda.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda