Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurEkonomiHomePahangViral

Susulan Masalah Air Dihadapi Pesawah Di Daerah Pekan

By 23 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Fazli Mohd Zulkifli

PEKAN, 23 Apr ( Malaysiaaktif ) — Ekoran temuramah bersama pesawah di sini yang disiarkan pada 20 April lalu, Malaysiaaktif telah cuba mendapatkan respon daripada pihak berwajib, tetapi tidak menghasilkan sebarang maklum balas yang boleh membantu menyelesaikan isu berkenaan.

Pesawah sebelum ini mengadu tentang masalah bekalan air di kawasan sawah mereka berikutan sistem pengairan yang didakwa pincang hingga menyebabkan banyak petak sawah tidak dapat pengaliran air dari tali air dan longkang kerana kedudukan lebih rendah.

 

cc746b44-6c33-423c-a12a-9f4ae0a2171d

 

Usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak berkenaan tidak menghasilkan sebarang jawapan khusus. Walaubagaimana pun, salah seorang pegawai Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) memaklumkan bahawa setakat ini penilaian sebut harga sedang berjalan dan dijangka kerja-kerja penyelenggaraan di Jalan Ladang Blok 3, 6 dan 9 akan bermula pada awal Mei depan. Kerja-kerja tersebut dijangka siap dalam masa dua bulan daripada tarikh pelantikan kontraktor.

Namun demikian, para petani berharap agar pihak berwajib dapat memberikan lebih perhatian terhadap permasalahan saliran air ke sawah, seperti yang diharapkan.

 

– AAS

Tinggalkan komen anda