Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Kadar Kemalangan Jalanraya Penunggang Motosikal lebih 60 peratus

By 1 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Jaitripta Kaur A/P Gajit Singh / Mohamad Zairin Bin Mohamad Zin

SHAH ALAM, 1 April (Malaysiaaktif) – Kadar kemalangan jalanraya melibatkan penunggang motosikal di negara ini dianggarkan lebih 60 peratus setiap tahun.

Demikian menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR).

Berdasarkan analisa yang dibuat, kemalangan ini berpunca dari kelalaian dan kesilapan penunggang motosikal sendiri.

Sehubungan itu,  kerajaan telah mengambil pelbagai langkah intervensi yang menggunapakai pendekatan 5E yang merangkumi pendidikan (education), penguatkuasaan (enforcement), kejuruteraan (engineering), persekitaran (environment) dan penilaian (evaluation), bagi memastikan isu ini mampu ditangani dengan bijak dan penuh berhemah.

Perkara ini di nyatakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Penunggang Motosikal 2016 di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

20160331171416

Bersempena dengan pelancaran kempen ini, turut diadakan Seminar Keselamatan Penunggang Motosikal kepada kalangan kakitangan kerajaan, swasta, pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan NGO. Sebanyak 4 kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar ini oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (Miros), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Institut Automatif Malaysia dan Linde Malaysia Sdn. Bhd.

Sementara itu, di majlis yang sama, telah diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) dan Linde Malaysia Sdn. Bhd, dengan jumlah tajaan sebanyak RM150 ribu bagi tempoh pelaksanaan kempen selama 3 tahun di beberapa kawasan tumpuan di seluruh negara.

 

Tinggalkan komen anda