Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Sukan Memanah Terapi Jiwa, Tajamkan Tumpuan

By 5 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh M. Zakri Chan (Melaka)

MELAKA, 5 April (Malaysiaaktif) – Sukan memanah umumnya bukan sukan yang popular di Malaysia walau pun ia amat digalakkan dalam Islam kerana positif bagi mekanisme jasmani dan rohani.

Ini mendorong Mohd Supian Md Yusoff, 33, untuk membuka Pusat Latihan Memanah Jebat Archery Melaka di Kampung Tambak Sebelong, Kandang bagi memberi pendedahan dan kemudahan kepada segenap lapisan masyarakat.

 

20160404213944 (1)

 

Pembukaan pusat latihan ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba sukan memanah yang sebelum ini dikenali sebagai sukan eksklusif dan berkos tinggi.

Mohd Supian yang juga jurulatih memanah di sini mempunyai Sijil Sains Sukan Kejurulatihan Kebangsaan yang membolehkannya mengajar teknik-teknik memanah dengan betul kepada mereka yang berminat mendalami sukan memanah.

“Mereka yang berbakat dalam sukan memanah akan diberi peluang mewakili kelab ke pertandingan memanah yang akan diuruskan oleh pihak pengurusan kelab,” jelas Mohd Supian.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda