Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahangViral

Kemarau Cetus Keterujaan Pemancing Di Sg Pertang

By 20 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohamad Azree Mohd Zaki / Che Nor Bin Ismail

RAUB, 20 Apr (Malaysiaaktif) — Daerah Raub juga merasai impak cuaca panas berikutan El Nino, hingga beberapa batang sungai di sini menjadi cetek.

Keadaan ini memaksa ikan berkumpul setempat di kawasan teduh dan berlubuk, termasuk di bawah jambatan, seperti di Jambatan Sungai Pertang.

 

20160419224444 (8)

20160419224444 (3)

 

Ini mendatangkan rahmat kepada penduduk Felda Lembah Klau kerana sekarang aktiviti memancing begitu popular di sini.

Mereka berkata amat mudah mendapat ikan seperti lampam, kerai dan haruan pada musim kemarau ini kerana paras air rendah.

Suasana, terutama sebelah petang menjadi riuh rendah berikutan keterujaan mereka yang memerhati dan para pemancing yang seronok mendapat ikan.

 

20160419224522 (1)

 

Dalam pada itu, hasil yang peroleh, seperti ikan kerai yang dijual pada harga RM18 sekilo juga menarik perhatian penduduk luar untuk mengambil kesempatan mendapatkan ikan air tawar segar.

Bagi masyarakat Pahang di sini, tentu sekali ikan-ikan tersebut berakhir dalam periuk untuk hidangan lazat seperti masak tempoyak Pahang, pais tempoyak, masak lemak kuning dan sebagainya.

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda