Skip to main content
Berita TengahNegeri SembilanViral

Percaya Badan Berkuasa, Agensi Kerajaan Untuk Kekal Aman

By 20 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

  

Oleh Malini Md Yunos

 PORT DICKSON, 20 Apr (Malaysiaaktif) – Masyarakat mesti meletakkan kepercayaan kepada agensi atau  badan berkuatkuasa kerajaan demi mengekalkan keamanan, memacu kestabilan ekonomi dan pembangunan negara.

Menurut Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, sekarang ini maklumat boleh diakses di hujung jari melalui kaedah teknologi. Ini menimbulkan masalah apabila sesetengah pihak  mengambil kesempatan untuk mengelirukan rakyat.

Beliau berkata adalah menjadi kerugian kepada rakyat yang mudah percaya kepada khabar angin tanpa usul periksa kerana kesannya boleh mencetuskan suasana tidak tenteram.

Beliau berkata demikian semasa berucap ketika merasmikan program Info Bestari Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Sawah yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah di sini hari ini.

Menurut Pengerusi K1M Kg. Sawah, Misnan Madiman, program Info Bestari yang diadakan setiap tahun menjurus kepada penglibatan rakyat pelbagai kaum. Ini bertujuan menggalakkan keterlibatan ahli K1M dalam menguruskan program bersama Jabatan /Agensi kerajaan. Disamping itu, ahli K1M dan masyarakat secara langsung dapat menikmati perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan.

Misnan juga berasa puas hati kerana  sambutan program Info Bestari amat menggalakkan dengan kehadiran ibu bapa untuk mengikuti  ceramah motivasi

Sementara itu, pelbagai agensi  kerajaan, termasuk Jabatan Penerangan Malaysia, Suruhanjaya Pihan Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Polis Diraja Malaysia turut mengambil bahagian dengan mempamerkan aset dan menawarkan khidmat masing-masing sempena program tersebut.

Sempena program ini, Isa menyampaikan peruntukan berjumlah RM3,000  kepada  empat badan bukan kerajaan, iaitu KIM Kg Sawah, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Sawah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsan Kg Sawah dan UMNO Cawangan Kg Sawah.

Antara aktiviti yang diadakan termasuk demostrasi memadam kebakaran, pameran agensi kerajaan, demonstrasi membasmi musuh tanaman, ceramah motivasi pelajar, pertandingan masakan, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah.

 

– MRR/AAS

Tinggalkan komen anda