Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Lawas Bakal Ada Pejabat MARA  – Awang Tengah

By 26 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Ninie Gumbang / Foto: Vicky Matanjang

LAWAS, 26 Apr (Malayasiaaktif)  – Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersetuju mewujudkan pejabat di kawasan Lawas memandangkan lokasi pejabat sekarang jauh di Limbang.

Menurut Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, penubuhan MARA di kawasan Utara Sarawak secara langsung memberikan peluang  pendidikan kepada masyarakat setempat.

Tambahnya, selain MARA, Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CANTEXS) juga telah diluluskan penubuhannya oleh Kerajaan Negeri dan Yayasan Sarawak bagi mereka yang berminat dalam bidang kemahiran.

Awang Tengah berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Penyerahan Geran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah di Gelanggang Bola Keranjang Lawas, semalam.

Menurutnya Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa, memandangkan Lawas terletak berdekatan dengan Limbang, Brunei, Labuan dan Sabah, ia bukan sahaja mempunyai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), tetapi juga kolej.

“Saya akan cuba mencari jalan untuk melaksanakan penubuhan kolej tersebut dan ini sebagai tanda terima kasih Barisan Nasional Negeri Sarawak dan Barisan Nasional pusat  atas  sokongan yang diberi oleh rakyat Lawas kepada Datuk Amar Awang Tengah,” ujarnya lagi.

Pada majlis tersebut Annuar turut memaklumkan kepada penduduk Lawas sekiranya terdapat pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan 5A ke atas, mereka boleh menghantar nama kepada MARA dan biasiswa daripada dana sejumlah RM 400 ribu akan diberi untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.

Pada majlis yang sama sejumlah 600 orang murid sekolah di sekitar Lawas menerima bantuan beg sekolah dan alat tulis.

Semalam,  pada penamaan calon Pilihan Raya Negeri ke-11 Sarawak, Awang Tengah yang mewakili BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari  diisytiharkan menang tanpa bertanding .

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda