Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

[VIDEO] Adenan Fokus PRN, Tidak Dapat Ramal Kedudukan PRU 14

By 26 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Editorial MA

KUCHING, Apr 26 (Malaysiaaktif) — Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adnan Satem berkata beliau tidak dapat meramalkan apa kedudukan Barisan Nasional (BN) di Sarawak sekiranya berlaku kemerosotan prestasi bagi BN pada Pilihanraya Umum Ke-14 di Semenanjung kelak.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada soalan oleh wartawan Malaysiaaktif, Diyana Zamri semasa sesi soal jawap bersama media di DUN Lama, Petrajaya malam ini.

Jawapan beliau dianggap sebagai bukti bahawa kepimpinan BN di Sarawak menumpukan sepenuhnya kepada Pilihanraya Negeri Ke-11 ini.

 

 

Sementara itu, ditanya samada pengganti beliau selepas lima tahun akan meneruskan usahanya untuk Sarawak, Adenan bersahaja berkata, “Que Sera Sera” (Apa yang akan berlaku akan berlaku).

Beliau juga berkata parti pembangkang perlu lebih bersopan semasa kempen PRN Ke-11 ini kerana jika tidak mereka boleh diusir dari Sarawak. Katanya lagi, beliau tidak mahu parti-parti politik membawa budaya politik semenanjung ke Sarawak.

Adenan menyatakan rasional bahawa sekatan bukan hanya dikenakan ke atas pembangkang, malahan anggota BN pun turut dikenakan tindakan yang sama. Dalam pada itu beliau turut menekankan bahawa beliau tidak mahu puak pelampau agama dan rasis mencetuskan ketegangan dalam kalangan rakyat Sarawak.

Ditanya tentang kedudukannya, beliau berkata secara peribadi memang beliau sangat popular dengan peratusan antara 81/82 peratus. Bagaimana pun beliau akur bahawa masalahnya bagaimana untuk menterjemahkan populariti tersebut kepada undi.

“Saya tidak mungkin akan dapat bertanding di semua 82 kerusi,” katanya.

Adenan berkata  jika rakyat mahukan beliau meneruskan  sebagai Ketua Menteri, mereka perlu mengundinya dan pasukannya sambil merujuk kepada kesemua 81 calon yang menggunakan simbol BN.

Jawapan-jawapan yang diberikan oleh beliau malam ini berpaksi kepada realiti bahawa walaupun ada kawasan di mana rakyat menyokong BN, tetapi mereka tidak suka calon yang diletakkan di situ.

Berdasarkan dilema ini, Adenan berkata mereka seharusnya membuat keputusan kerana beliau sendiri tidak mampu memuaskan hati semua orang.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda