Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanViral

“The Adenan Way” Terajui Manifesto BN Sarawak

By 26 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Diyana Zamri (Putrajaya) / Foto:  Khirul Nizam Zanil

KUCHING, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini membentangkan 15 manifesto BN Sarawak bagi Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak ke-11 (PRN 11) di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini.

Bertemakan ‘Give Team Adenan A Chance’ atau Beri Peluang kepada Pasukan Adenan, Manifesto ini membawa ikrar dan janji BN kepada rakyat Sarawak untuk mencapai aspirasi bersama ke arah negeri yang lebih aman, maju dan kaya.

“Manifesto kali ini agak berbeza berbanding manifesto-manifesto sebelumnya kerana terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, ia mengandungi senarai pencapaian kami, apa yang telah dibuat, terutamanya sejak dua tahun yang lalu. Kedua, apa yang kami bercita-cita ingin buat dan apa yang kita boleh harapkan pada masa hadapan,” ujar Adenan.

Adenan membentangkan 15 manifesto berteraskan transformasi di samping mengekal dan mempertahankan hak rakyat Sarawak, antaranya hak tanah, meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan pelancongan.

Sebelum ini, Adenan memperkenalkan 53 prinsip dan tindakan yang telah dilaksanakan di bawah kepimpinannya sebagai Ketua Menteri sepanjang dua tahun.

Sementara itu, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi,  Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang ditemui pada majlis yang sama menyatakan keyakinan BN akan mencapai kemenangan besar.

“Amat jelas bahawa dengan kemenenangan dua kerusi itu menunjukkan BN on the way to a big victory (menuju kemenangan besar). Ini menunjukkan TeamAdenan telah pun diterima oleh rakyat dengan kemenangan dua kerusi itu. It’s a big, big morale booster for us (ia penggalak besar untuk kita). Saya harap, kemenangan ini menunjukkan pendirian rakyat Sarawak dan akan memberi sokongan kepada TeamAdenan pada 7 Mei ini,” kata Douglas.

Selain itu, mengulas tentang parti pembangkang yang menghantar beberapa calon bertanding di satu kawasan yang sama, Douglas menyifatkan perkara itu menunjukkan perpecahan dalam parti mereka.

Kini, tinggal 80 kerusi DUN yang menjadi rebutan parti-parti di Sarawak setelah kemenangan dua calon BN yang menang tanpa bertanding di DUN N.79 Bukit Kota dan N.82 Bukit Sari iaitu Dr. Abdul Rahman dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, semalam.

 

Baca Manifesto BN PRN Sarawak di sini.

 

– AAS

Tinggalkan komen anda