Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajayaViralWilayah Persekutuan

Lebih 2,000 Dalam Putrajaya Bridge Ride 2016

By 3 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Lebih dua ribu orang, termasuk pelaconng menyertai kayuhan Putrajaya Bridge Ride 2016 di sini malam tadi.

Ramai yang menyertai acara berbentuk santai dan menyeronokkan ini hadir membawa bersama keluarga masing-masing dengan menunggang pelbagai variasi basikal, termasuk jenis ‘Road Bikes’, Basikal Lipat, ‘Fat Bikes’ dan juga Basikal Tua.

 

c2b75445-b359-4c89-b5e7-d190bfd650d5

 

Kali kedua diadakan, Putrajaya Bridge Ride 2016 memberi peluang peserta menikmati keindahan malam di Putrajaya, termasuk keunikan beberapa jambatan, landskap dan bangunan-bangunan berbentuk geometrik yang diserlahkan simbahan cahaya berwarna-warni.

Acara yang bermula pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada pukul 11.30 malam ini anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan (JKKN).

Turut diadakan, tarikan sampingan, seperti promosi jualan, persembahan muzik dan cabutan bertuah.

 

Tinggalkan komen anda