Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kem Aspirasi Pelajar Kelab 1Malaysia Negeri Kedah

By 3 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Sarah Nur Saad, Noor Syuhada Muhamad Yasin (Kulim)

KULIM, 2 Apr (Malaysiaaktif) — Kem Aspirasi Pelajar Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri Kedah berusaha mewujudkan pelapis generasi negara yang sebati dengan prinsip Rukun Negara.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Kedah, Aziman Hassan, Rukun Negara adalah asas kepada pembentukan negara dan seharusnya menjadi prinsip amalan setiap rakyat di Malaysia.

 

20160402222550

 

Kem ini mengumpulkan seramai 104 orang peserta ahli Kelab 1Malaysia Negeri Kedah yang ditubuhkan oleh  Jabatan Penerangan Malaysia.

Menurut Aziman, di Kedah terdapat 60 sekolah yang mempunyai Kelab 1Malaysia. Kelab 1Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Kelab Setia berperanan membantu menyebarkan maklumat, menterjemah dan mewujudkan perkongsian pintar antara pelajar.

 

20160402222543

 

Pelajar Terbaik Kem Aspirasi Pelajar, Mohammad Amirul Azmi, 16, berkata, “banyak pengalaman yang diperoleh. Sebelum ini mungkin takut dan gementar tetapi kini saya rasa semakin yakin dengan diri sendiri. Saya sangat mengesyorkan untuk pelajar lain mengikuti kem ini di masa akan datang.”

Amirul merupakan ahli Kelab 1Malaysia Sekolah Menengah Air Hangat, Langkawi.

Kem ini berlangsung selama tiga hari bermula 31 Mac bertempat di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Bukit Besar.

Aziman berkata demikain semasa merasmikan Majlis Penutupan program tersebut semalam.

 

Tinggalkan komen anda