Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Lori Rempuh Tiang, Bekalan Elektrik Terganggu Seluruh Kawasan

By 27 April 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

                      

Oleh Akma Laily (Maran)

MARAN, 27 Apr (Malaysiaaktif) – Sebuah lori merempuh sebatang tiang elektrik di kilometer 55 jalan Maran-Kuantan semalam.

Menurut seorang anggota polis di tempat kejadian, Lans Koperal Aziz Mustafa, lori sarat membawa habuk kayu yang dalam perjalanan dari Kuantan menujuke  Sri Jaya itu hilang kawalan lalu merempuh tiang tersebut pada kira-kira pukul 10.30 malam.

Kejadian mengakibatkan tiang elektrik patah dan gangguan bekalan dilaporkan berlaku di kawasan sekitar. Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) kemudian menghantar petugas ke tempat kejadian untuk membaiki dan menggantikan tiang baharu.

Kemalangan itu memaksa satu lorong laluan itu ditutup oleh anggota polis dari Balai Polis Gambang bagi membolehkan kerja-kerja pengalihan dilakukan.

Pemandu lori tersebut hanya mengalami luka ringan dan mendapat rawatan  di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Menurut pegawai penyiasat kes, Sarjan Salehudin dari Balai Polis Trafik Kuantan, pemandu tersebut akan didakwa atas kesalahan cuai hingga mengakibatkan kemalangan.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda