Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiKedah

‘My Best Buy’ Bantu Petani Pasarkan Hasil Ladang

By 27 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh  Mahazir Abu Hassan

BALING, 26 April (Malaysiaaktif) – Dalam usaha membantu petani memasarkan hasil tanaman, Pertubuhan Peladang Kawasan Baling mengambil langkah mengadakan Pasar Peladang “My Best Buy” bagi menjual hasil pertanian terus dari ladang setiap Selasa.

Berucap semasa mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Hussein merasmikan minggu  Pasar Peladang itu semalam, Pegawai Khas beliau Nor Mohamad  Che Husain berkata, Langkah Pertubuhan Peladang mengadakan hari bersama pelanggan dan Pasar Peladang adalah bagi merapatkan lagi pengguna, peniaga dan peladang di samping memberi peluang pengguna membeli hasil ladang dengan harga borong yang  lebih murah.

 

PLDG 6

 

Menurut beliau semua yang dijual adalah hasil usaha orang kampung yang terus dipasarkan melalui Pasar Peladang tanpa memerlukan orang tengah.

Seorang pengunjung , Mohd Fauzi Abdullah, 29, menyambut baik  langkah Pertubuhan Peladang mengadakan pasar tersebut untuk membantu pengguna membeli hasil tanaman, seperti sayuran segar terus dari ladang dengan harga murah, selain membantu petani memasarkan hasil tanaman mereka dengan lebih mudah.

Pasar Peladang “My Best Buy” menjual produk dan hasil pertanian terus dari ladang setiap Selasa  bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari di Perkarangan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian Kompleks (IADP) Pekan Baling.

Turut hadir pada majlis ini, Pegawai Bahagian Hal Ehwal Korporat Pertubuhan Peladang Kawasan Baling , Rosli Mohd Arshad, Pegawai Pertanian Daerah Baling Fadzilah Hashim dan Pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Baling Mohd Fuad Abd Karim.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda