Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiHomePerakViral

Masyarakat Orang Asli Perlu Tingkat Tahap Pendidikan

By 27 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Senaying A/L Ahud (Batang Padang)

TANJONG MALIM, 27 Apr (Malaysiaaktif) – Masyarakat Orang Asli perlu meningkatkan tahap pendidikan mereka supaya mampu memegang jawatan tertinggi dalam pelbagai sektor.

Demikian menurut Ahli Parlimen Tanjong Malim, Datuk Seri Ong Ka Chuan semasa  Perasmian Program Mesra Rakyat di Kampung Chinggong di sini semalam.

 

org asli 5

 

Program Mesra Rakyat melibatkan empat buah kampung, iaitu Kampung Chinggong, Kampung Sungai Bil, Kampung Pecah Batu dan Kampung Penderas.

Program anjuran Pejabat Parlimen Tanjong Malim dan Ahli Dewan UNdangan Negeri Kawasan Behrang ini bertujuan merapatkan hubungan pemimpin dengan rakyat serta membuka ruang bagi mereka mendengar sendiri rintihan masyarakat minoriti itu.

Selain beramah mesra dengan penduduk, Ong turut menyampaikan sumbangan berupa keperluan asas kepada setiap keluarga.

Tok Batin Kampung Chinggong,  Ajit Bah Sit, juga bersetuju program seumpama ini dapat meningkatkan hubungan antara masyarakat Orang Asli setempat dengan pemimpin.

Lawatan Ong diraikan Tarian Sewang oleh penduduk Orang Asli Kampung Sungai Bil.

 

-DZ/ AAS

Tinggalkan komen anda