
Oleh Faizzad Kamal (Batang Padang)
TAPAH, 21 Apr (Malaysiaaktif) ā Ā Saham Amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) membolehkan rakyat berkongsi kekayaan negara.
Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan pameran pelaburan terbesar negara, Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2016 di Stadium Mini Tapah di sini, semalam.
āDana unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Gemilang (ASG) dan sebagainya dapat memberi peluang perkongsian kekayaan negara.ā
āMelalui unit berkenaan, kekayaan negara boleh diagihkan dan dikongsi kepada rakyat dengan risiko [pelaburan] paling minimum. Ini kerana cara dan kaedah ditetapkan [oleh] kerajaan melalui PNB memberi perlindungan kepada pelabur,ā ujar Najib.
Tambahnya, aset-aset di bawah PNB yang kini mencecah RM267 bilion merupakan satu kejayaan yang memberangsangkan berbanding hampir RM36 bilion unit pada tahun pertama penganjuran MSAM iaitu pada tahun 2000.
Najib juga berkata MSAM 2016, yang bertemakan āPelaburan 360 PNBā, ini bertepatan dengan kesedaran bagaimana untuk melabur dan menguruskan kewangan peribadi serta keluarga.
Bermula 20 April hingga 28 April 2016 ini, MSAM 2016 dipenuhi dengan pelbagai aktiviti pendidikan pelaburan dan pameran yang disertai oleh lebih 50 syarikat Kumpulan PNB, ejen-ejen Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), badan kawal selia serta agensi kerajaan dan swasta.
PNB turut menyediakan kemudahan bas percuma kepada penduduk Tapah sepanjang sembilan hari penganjuran MSAM 2016 ini. Pengangkutan percuma yang meliputi laluan Tapah Road, Kampar, Bidor dan Langkap ini beroperasi mulai 8.30 pagi hingga 10.00 malam.
Sementara itu, MSAM 2016 yang menyasarkan lebih 10,000 kehadiran pengunjung di hari pertama program telah memberi peluang kepada Ahmad Zunairi Ahmad Tarmizi, 36, untuk memenangi sebuah kereta Ford Fiesta 1.0L Ecoboost.
Ahmad Zunairi yang bekerja sebagai seorang kerani di Pejabat Daerah dan Tanah Batang Badang ketika ditemui berkata dia tidak menyangka namanya diumumkan untuk naik ke pentas sebagai pemenang hadiah cabutan bertuah sempena majlis perasmian MSAM 2016.
āSaya berasa amat gembira dan bersyukur dengan cabutan bertuah ini. Saya tidak sangka nama saya akan diumumkan. Saya berterima kasih kepada PNB kerana memberi saya peluang untuk menyertai cabutan ini dan berjaya memenangi sebuah kereta,ā ujar Ahmad Zunairi.