Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pertandingan Wau Kampung Tok Jawa

By 4 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan/Foto: Muhamad Zaini Dollah (Tasek Gelugor)

Tasek Gelugor, 4 April (Malaysiaaktif) – Dikenali sebagai permainan tradisional, wau sentiasa menarik perhatian ramai.

Satu pertandingan wau tradisional anjuran Kelab Sepakraga Tuju (SRT) Kampung Tok Jawa, Padang Menora telah diadakan di sini semalam.

Menurut pengerusi SRT Tok Jawa, Tarmizi, 49, keadaan sawah bendang yang kering pada ketika ini sangat sesuai untuk permainan wau kerana angin bertiup kuat terutamanya pada waktu petang.

Tambahnya, hadiah tidak menjadi keutamaan kerana bergelar juara sudah cukup memberi kepuasan kepada peserta sebagai pengiktirafan besar terhadap hasil kerja tangan mereka.

483ad7b5-854c-4d30-ad40-499b6905455c-02

Pertandingan di bahagi kepada dua kategori iaitu pertandingan wau bulan dan ketegori bebas yang terdiri daripada wau jala budi, wau lang, wau daun, wau burung dan wau kapal.

Pertandingan peringkat kampung ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat dengan penyertaan seramai 80 peserta.

ed35fedb-f375-4d11-9571-edb8603cd577

Pemenang tempat pertama menerima wang tunai sebanyak RM300 berserta piala, tempat kedua RM150 berserta piala, tempat ketiga RM100 berserta piala serta dua hadiah saguhati berupa sekampit beras 5 kilogram bagi semua ketegori.

 

-AH

Tinggalkan komen anda