Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

Kursus Pengurusan Jenazah Tingkat Kesedaran Masyarakat

By 4 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh M. Zakry Chan

 

CHENG, 4 April (Malaysiaaktif) – Pengurusan jenazah merupakan fardu kifayah dalam agama Islam. Menyedari kepentingan itu, masyarakat kini lebih mengambil inisiatif dalam mempelajari ilmu pengurusan jenazah.

Sejajar dengan perkara ini, Surau Taman Desa Damai Cheng, Melaka dengan kerjasama Komuniti 1Malaysia (K1M) DUN Paya Rumput menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah pada Sabtu lalu di sini.

AuhGEqyPlKftGUfyO58t03D1OKPliFADn7N1ttNxEOcv

Menurut seorang peserta kursus, Mohd Noor Samion, 53, dia kini lebih jelas tentang pengurusan jenazah setelah menghadiri kursus bimbingan Ustaz Rosli Sairan dari Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN), Kem Terendak.

“Cara beliau [Ustaz Rosli] lebih praktikal dan mudah difahami. Saya akan gunakan ilmu yang dipelajari hari ini untuk masyarakat,” ujar Mohd Noor.

Seorang lagi peserta, Daud Md Noor, 62, berpendapat ilmu pengurusan jenazah ini penting kerana ilmu ini akan diguna pakai oleh semua apabila ada ahli keluarga terdekat meninggal dunia.

“Kursus ini amat penting dalam meningkatkan pengetahuan pengurusan jenazah yang akan dilalui sendiri oleh peserta secara praktikal dari mula hingga akhir dan ilmu ini akan berguna ketika keluarga terdekat atau jiran tetangga yang meninggal dunia,” jelas Daud.

Kursus ini dihadiri kira-kira 100 orang peserta.

 

-DZ/AH

Tinggalkan komen anda