Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

PRN Sarawak: Adenan Umum Tiga Lagi Calon

By 18 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Mohd Baharruddin bin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 18 Apr (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Haji Satem hari ini mengumumkan tiga lagi calon Barisan Nasional yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri, PRN ke-11.

Calon yang mewakili kerusi Sarawak United People Party bagi N46 Meradong ialah Ding Kuong Hiing manakala kawasan N2 Tasik Biru yang mewakili kerusi Sarawak Progressive Democratic Party ialah Datuk Henry @Harry anak Jinep sementara kawasan N76 Marudi ialah Datuk Dr. Penguang anak Manggil.

Adenan berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Parti Pesakan Bumiputera Bersatu di Jalan Bako di sini petang tadi.

Pada majlis tersebut, Adenan turut menyerahkan watikah pelantikan kepada semua calon.

PRN Sarawak yang ke-11 akan berlangsung pada 7 Mei ini.

SF

Tinggalkan komen anda